top of page



Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,732 orang pagi ini
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 6,732 orang daripada 2,293 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 6,663 orang daripada 2,331 keluarga semalam. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, daerah Tenom menunjukkan trend peningkatan iaitu 4,500 orang daripada 1,507 keluarga, berbanding 4,345 orang daripada 1,467 keluarga semalam.
latifah ariffin
Feb 281 min read


Kalau tiada makanan buat mangsa banjir, saya yang salah” - Jamawi
TENOM: Pelbagai bentuk bantuan terus disegerakan sebagai usaha meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap di sini. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Jamawi Jaafar berkata, langkah segera itu juga bagi memastikan mangsa banjir memperoleh keperluan asas dengan cepat. Menurutnya, ia termasuk bantuan penyaluran bekalan makanan, air bersih
latifah ariffin
Feb 281 min read


Kerajaan Sabah Sokong Usaha Shell Tingkat Penglibatan Syarikat Tempatan OGSE
KOTA KINABALU, 5 Feb – Kerajaan Sabah menyokong usaha Shell Malaysia meningkatkan penglibatan syarikat tempatan dalam sektor minyak dan gas, dengan sasaran kontrak OGSE kepada syarikat tempatan sehingga 100 peratus bagi memperluas peluang ekonomi dan pembangunan industri. Hajiji menegaskan keperluan memperkukuh kerjasama strategik dengan Shell Malaysia bagi meningkatkan keupayaan teknikal syarikat OGSE Sabah, pembangunan vendor tempatan serta peluang latihan dan pembangunan m
latifah ariffin
Feb 61 min read


Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Sabah
Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sabah akan diadakan pada 17 Februari 2026 (Selasa) bermula jam 10 pagi hingga 2 petang bertempat di Dewan Kinabatangan I–III, Tingkat 2, Sabah International Convention Centre (SICC). Majlis berkenaan diserikan dengan keberangkatan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memelihara keharmonian, perpaduan serta kepelbagaian budaya masyarakat. Orang ramai dij
latifah ariffin
Feb 61 min read


Lima Individu Didenda RM2,000, Merokok di Kawasan Larangan
LAHAD DATU, 6 Februari – Seramai lima individu didenda RM2,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini selepas mengaku bersalah merokok di kawasan larangan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Kes diputuskan oleh Majistret Tuan Nur Asyraf Zolhani dengan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa PPKP Mohd Hanif Jaafar.
latifah ariffin
Feb 61 min read


INSKEN Perkukuh Kerjasama Strategik Dengan Kerajaan Negeri Sabah
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) memperkukuh hubungan strategik dengan Kerajaan Negeri Sabah menerusi kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bagi memperluas kerjasama pembangunan keusahawanan sosial dan inklusif. Kunjungan itu memberi tumpuan kepada pemerkasaan usahawan luar bandar serta perusahaan berasaskan komuniti di seluruh Sabah, selain menghargai sokongan kerajaan negeri dan rakan strategik dalam menjayakan inisiatif berimpak
latifah ariffin
Feb 61 min read


Ketua Menteri: MA63 Sedang Dibincang Untuk Direalisasikan
Kerajaan Negeri Sabah memaklumkan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam perbincangan dan rundingan bersama Kerajaan Persekutuan . Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor , berkata usaha berterusan dijalankan bagi mencapai penyelesaian yang menyeluruh dan adil untuk Sabah.
latifah ariffin
Jan 301 min read


Sabah Lancar SMJ 2.0, Sasar Lonjakan Daya Saing dan Pertumbuhan Ekonomi
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melancarkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026–2030 dengan sasaran melonjakkan daya saing, produktiviti dan nilai ekonomi negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pelan itu merupakan kesinambungan SMJ 1.0 yang memfokuskan pemulihan pasca pandemik dan PRN-17. Beliau berkata, SMJ 2.0 dirangka sebagai pelan pembangunan menyeluruh bagi menghadapi cabaran ekonomi global, dipacu oleh kecerdasan buatan, ek
latifah ariffin
Jan 301 min read


Modal insan teras kemajuan Sabah - Tun Musa
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menegaskan bahawa pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti merupakan teras utama dalam memastikan kemajuan serta kemakmuran negeri Sabah secara berterusan. Beliau berkata, pembangunan modal insan melalui pendidikan mesti menjadi pelaburan terbesar kerajaan Sabah bagi melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak dan bertamadun. “Sabah tidak mahu hanya gah dengan bangunan dan projek besar, tetapi
latifah ariffin
Jan 261 min read


Sokongan undi Warisan meningkat walaupun tewas
Meskipun Parti Warisan (Warisan) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan, namun parti itu merekodkan peningkatan sokongan pengundi, termasuk di beberapa saluran yang sebelum ini langsung tidak berpihak kepada Warisan. Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan itu sekali gus mencerminkan berlakunya peralihan sokongan dan penembusan pengaruh baharu di kawasan berkenaan
latifah ariffin
Jan 261 min read


Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Zahid
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kemenangan gabungan politik itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kesinambungan kepimpinan serta kestabilan yang diharapkan bagi kawasan berkenaan. Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata mandat diberikan rakyat amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab bagi meneruskan leg
latifah ariffin
Jan 251 min read


Integrasi grid Sarawak–Sabah perkukuh daya tahan tenaga, pacu pembangunan serantau
Integrasi grid elektrik antara Sarawak dan Sabah dijangka menjadi pemangkin utama kepada daya tahan tenaga di Borneo, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serantau yang lebih seimbang. Usaha ini membolehkan perkongsian lebihan bekalan, khususnya tenaga hidro Sarawak, bagi menstabilkan bekalan di Sabah, mengurangkan risiko gangguan serta kebergantungan kepada bahan api fosil. Pada masa sama, jaringan rentas negeri ini membuka ruang pelaburan baharu, memperc
latifah ariffin
Jan 251 min read


Naim, Miha pertahan penguasaan BN di Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
Calon BN, Mohd Kurniawan Naim Moktar, 32, meneruskan legasi bapanya , Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin apabila tampil dengan kemenangan bergaya menerusi 19,852 undi dengan majoriti besar 14,214 undi. Calon Barisan Nasional Mohd Ismail Ayob menang bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, dengan majoriti 5,681 undi, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
latifah ariffin
Jan 251 min read


Mayat lelaki reput dan berulat ditemukan di cerun
KENINGAU: Mayat seorang lelaki warga asing berumur 45 tahun ditemui di cerun KM67.7 Jalan Tulid–Tongod berhampiran Kampung Nontodon, Sook, Rabu lalu. Penemuan dibuat jam 8.16 pagi oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata mayat ditemui lengkap berpakaian di kawasan terpencil, kira-kira tiga kilometer dari penempatan terdekat. Tiada kesan pergelutan atau senjata ditemui di lokasi. Sebuah beg pinggang m
latifah ariffin
Jan 161 min read


Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta
Bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Jumaat atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta. Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa mereka tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap Bung Moktar. Bagaimanapun, pendakwaan terhadap balunya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad diteruskan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak rep
latifah ariffin
Jan 161 min read


Christina dilantik penasihat kehormat SCCC bagi penggal ketiga
Datuk Christina Liew dilantik semula sebagai Penasihat Kehormat Dewan Perniagaan China Sabah (SCCC) bagi penggal ketiga berturut-turut. Surat pelantikan disampaikan oleh Presiden SCCC, Datuk Frankie Liew semasa kunjungan hormat delegasi sembilan ahli dewan itu di pejabat beliau. Christina juga dijemput sebagai tetamu kehormat bagi majlis pelantikan Jawatankuasa Eksekutif baharu SCCC bagi penggal 2025–2028 pada 16 Mac ini di Dewan Hakka Sabah.
latifah ariffin
Jan 141 min read


PPM diminta sebarkan pencapaian kerajaan kepada rakyat
PPM diminta membantu kerajaan GRS menjelaskan pencapaian kerajaan kepada rakyat di kawasan masing-masing. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata banyak kejayaan kerajaan tidak dihebahkan dengan baik, menyebabkan rakyat lebih menumpukan isu seperti air, elektrik dan jalan rosak walaupun usaha membaikinya sedang dijalankan. Melalui hala tuju Sabah Maju Jaya, ekonomi negeri dipulihkan selepas COVID-19, hasil negeri meningkat daripada RM4 bilion kepada RM7 bilion d
latifah ariffin
Jan 141 min read


PRK Kinabatangan: Naim Moktar tumpu usaha perkasa belia, pembangunan Pulau Tanjung Aru
Mohd Kurniawan Naim Moktar, calon BN PRK Parlimen Kinabatangan, fokus pada memperkasakan golongan muda di Pulau Tanjung Aru sekiranya terpilih, dengan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur dan keperluan sosial setempat. Usaha membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi golongan muda di kawasan itu menjadi keutamaan Mohd Kurniawan, untuk mengelakkan mereka berhijrah ke bandar mencari pendapatan stabil, khususnya melalui sektor perusahaan mikro, kecil, dan sederhana. Sekiran
latifah ariffin
Jan 141 min read


MOTAC, KePKAS kerjasama rapat perkasa sektor pelancongan Sabah
KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam menangani isu pelancongan di Sabah. Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan rasmi Menterinya, Datuk Jafry Ariffin bersama Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing yang membincangkan pelbagai isu strategik berkaitan sektor pelanconga, pada Jumaat. Jafry berkata, pertemuan itu memfokuskan kepada isu-isu ya
latifah ariffin
Dec 20, 20251 min read


Sabah alu-alukan pelabur China teroka pelaburan strategik: Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor , Sabah mengalu-alukan pelabur dari China untuk meneroka pelaburan strategik .Kenyataan itu dibuat semasa Hajiji menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr. Zhu Xinglong , di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu.Hajiji turut berharap Pejabat Konsul Jeneral China dapat membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan kondusif kepada komuniti perniagaan dan pelabur dari C
latifah ariffin
Dec 19, 20251 min read
bottom of page