top of page

Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Zahid

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Jan 25
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kemenangan gabungan politik itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kesinambungan kepimpinan serta kestabilan yang diharapkan bagi kawasan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata mandat diberikan rakyat amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab bagi meneruskan legasi khidmat Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menjadikan Kinabatangan dan Lamag sebagai keutamaan perjuangannya.

"Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada seluruh jentera BN serta rakan-rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah yang telah bersama-sama memastikan kemenangan ini," katanya.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup pula berkata kemenangan calon Kerajaan Perpaduan itu mencerminkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan yang stabil, berintegriti dan bertanggungjawab.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page