Sabah Lancar SMJ 2.0, Sasar Lonjakan Daya Saing dan Pertumbuhan Ekonomi
- latifah ariffin
- Jan 30
- 1 min read

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melancarkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026–2030 dengan sasaran melonjakkan daya saing, produktiviti dan nilai ekonomi negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pelan itu merupakan kesinambungan SMJ 1.0 yang memfokuskan pemulihan pasca pandemik dan PRN-17.
Beliau berkata, SMJ 2.0 dirangka sebagai pelan pembangunan menyeluruh bagi menghadapi cabaran ekonomi global, dipacu oleh kecerdasan buatan, ekonomi digital dan persaingan antarabangsa, hasil libat urus bersama Kabinet Negeri, kementerian, industri, belia serta rakyat.
Menurutnya, Belanjawan Negeri 2026 berjumlah RM12.02 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 1,173 program dan projek pembangunan, selaras RMKe-13, aspirasi Malaysia MADANI, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta prinsip ESG, berpaksikan empat tonggak dan lima objektif utama pembangunan negeri.




Comments