Christina dilantik penasihat kehormat SCCC bagi penggal ketiga
- latifah ariffin
- Jan 14
- 1 min read

Datuk Christina Liew dilantik semula sebagai Penasihat Kehormat Dewan Perniagaan China Sabah (SCCC) bagi penggal ketiga berturut-turut.
Surat pelantikan disampaikan oleh Presiden SCCC, Datuk Frankie Liew semasa kunjungan hormat delegasi sembilan ahli dewan itu di pejabat beliau.
Christina juga dijemput sebagai tetamu kehormat bagi majlis pelantikan Jawatankuasa Eksekutif baharu SCCC bagi penggal 2025–2028 pada 16 Mac ini di Dewan Hakka Sabah.




Comments