top of page

Mayat lelaki reput dan berulat ditemukan di cerun

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Jan 16
  • 1 min read

KENINGAU: Mayat seorang lelaki warga asing berumur 45 tahun ditemui di cerun KM67.7 Jalan Tulid–Tongod berhampiran Kampung Nontodon, Sook, Rabu lalu.

Penemuan dibuat jam 8.16 pagi oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata mayat ditemui lengkap berpakaian di kawasan terpencil, kira-kira tiga kilometer dari penempatan terdekat.

Tiada kesan pergelutan atau senjata ditemui di lokasi. Sebuah beg pinggang mengandungi wang Filipina dan syiling Malaysia dipercayai milik mangsa turut dijumpai. Anggaran kematian sekitar seminggu lalu.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page