top of page

Modal insan teras kemajuan Sabah - Tun Musa

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Jan 26
  • 1 min read

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menegaskan bahawa pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti merupakan teras utama dalam memastikan kemajuan serta kemakmuran negeri Sabah secara berterusan.

Beliau berkata, pembangunan modal insan melalui pendidikan mesti menjadi pelaburan terbesar kerajaan Sabah bagi melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak dan bertamadun. “Sabah tidak mahu hanya gah dengan bangunan dan projek besar, tetapi rakyatnya kosong jiwa dan moralnya.

Saya mahu anak-anak Sabah menjadi jambatan intelektual yang mampu menterjemah ilmu untuk kesejahteraan rakyat, selain mengekalkan kesederhanaan (wasatiyyah) dalam kehidupan. “Jangan biarkan pemikiran sempit atau ekstremisme merosakkan perpaduan negeri Sabah yang unik dengan kepelbagaian kaum dan agama,” katanya.

Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, telah selamat tiba di Kaherah pada Sabtu bagi mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Republik Arab Mesir bersama isteri, Toh Puan Faridah Haji Tussin serta delegasi.

Ketibaan Tun Musa dan rombongan telah disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian, bersama pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Lawatan rasmi berkenaan diadakan bersempena Program Mahabbah bersama pelajar Sabah di Mesir, di samping perasmian Dewan Al-Imam Al-Tayeb di International Al-Azhar Al-Sharif Academy, sekali gus memperkukuh hubungan serta kerjasama dalam bidang pendidikan antara Sabah dan institusi pendidikan di Republik Arab Mesir.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page