INSKEN Perkukuh Kerjasama Strategik Dengan Kerajaan Negeri Sabah
- latifah ariffin
- Feb 6
- 1 min read

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) memperkukuh hubungan strategik dengan Kerajaan Negeri Sabah menerusi kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bagi memperluas kerjasama pembangunan keusahawanan sosial dan inklusif.
Kunjungan itu memberi tumpuan kepada pemerkasaan usahawan luar bandar serta perusahaan berasaskan komuniti di seluruh Sabah, selain menghargai sokongan kerajaan negeri dan rakan strategik dalam menjayakan inisiatif berimpak tinggi.




Comments