Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta
- latifah ariffin
- Jan 16
- 1 min read

Bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada Jumaat atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Hakim Rosli Ahmad memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa mereka tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap Bung Moktar.
Bagaimanapun, pendakwaan terhadap balunya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad diteruskan selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasinya untuk menggugurkan pertuduhan bersubahat yang dihadapi.




Comments