top of page



PNB terajui agenda nilai mampan pemegang saham
Dalam konteks ini, Permodalan Nasional Bhd (PNB) muncul sebagai antara peneraju utama agenda transformasi berskala besar yang menumpukan kepada pembinaan nilai mampan, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh struktur ekonomi negara. Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rick Ramli, berkata proses transformasi dilaksanakan bukan sekadar perubahan strategi pelaburan, tetapi juga penstrukturan semula menyeluruh terhadap budaya, tadbir urus dan nil
latifah ariffin
Nov 12, 20251 min read


Banduan raih kutipan awal RM3 juta
Kuala Lumpur: Filem aksi, Banduan meraih kutipan pembukaan RM3 juta di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sejak mula ditayangkan 6 Oktober lalu. Penerbit Eksekutif Filem Banduan, Kalyana Devan meluahkan rasa syukur dan terharu atas sambutan positif daripada penonton terhadap filem yang diadaptasi daripada filem India, Kaithi itu."Penerimaan positif ini membuktikan bahawa filem 'remake' Tamil pertama ke versi Bahasa Melayu ini berjaya menggabungkan kekuatan penceritaan filem
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


PM Anwar memahami harapan, aspirasi rakyat Sabah - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keputusan itu menunjukkan Perdana Menteri memahami harapan dan aspirasi rakyat Sabah. Beliau berkata, ia turut mencerminkan komitmen tulen Perdana Menteri untuk menegakkan apa yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. "Dalam pertemuan dan perbincangan saya dengan Perdana Menteri, saya menyatakan pendirian tegas kerajaan negeri bahawa hak perlembagaan Sabah mesti dihormati, diiktiraf dan dilaksanakan.Hajiji berkata menghorma
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Isu 40 peratus hasil Sabah: Tiada rayuan, rundingan dimulakan segera
PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil yang diperoleh dari Sabah. Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan berkata susulan keputusan dibuat petang tadi, Kerajaan Persekutuan akan segera memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Sabah. Kenyataan itu menjelaskan keputusan berkenaan dibuat melalui Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang diadakan hari ini bagi membincangkan berkenaan peng
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Pengantara AS, Netanyahu bincang fasa kedua gencatan senjata Gaza
BAITULMAKDIS/KAHERAH: Pasukan pengantara Amerika Syarikat bertemu dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Isnin (10 Nov), dengan perhatian beralih kepada fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza yang jauh lebih rumit dan bagi meleraikan kebuntuan mengenai sekumpulan anggota Hamas yang masih bersembunyi di dalam terowong.Pertemuan antara menantu Presiden Donald Trump, Jared Kushner, dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu diadakan sebulan selepas Washing
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Bot karam di perairan Langkawi: Kalau dibiarkan mati, itu zalim namanya - Saifuddin
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan pencerobohan perairan negara oleh pendatang asing tanpa izin mahupun pemerdagangan manusia. Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apabila berlaku insiden kapal karam di perairan negara, fokus utama kerajaan adalah memastikan keselamatan mangsa. "Pertama, kita tidak benarkan mereka memasuki perairan negara tetapi kalau kalau sudah ber
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


PRN Sabah: Anifah Aman calon GRS di DUN Bongawan
BONGAWAN: Tan Sri Anifah Aman dinamakan sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadual pada 29 November ini. Perkara itu diumumkan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu Majlis Ramah Mesra Hajiji bersama rakyat Bongawan di Dewan Bongawan pada Isnin. Beliau mahu Bongawan yang kini disandang oleh parti pembangkang, kembali diwakili parti kerajaan supaya boleh dimajuka
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


TERKINI: PRN Sabah: UPKO umum keluar daripada PH
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta. Keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO yang berlangsung pada Isnin. Setiausaha Agungnya, Datuk Nelson W Angang berkata, pengunduran UPKO akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti-parti komponennya.
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


790 atlet Melaka disenarai dalam persiapan awal SUKMA 2026
Sebanyak 790 atlet didaftarkan dalam senarai awal kontinjen Melaka bagi persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Selangor tahun depan. Pendaftaran awal bertujuan memberi peluang kepada atlet berbakat Melaka untuk mewakili negeri sendiri. Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam berkata pendaftaran awal itu bertujuan memastikan atlet berbakat kelahiran Melaka diberikan peluang dan sokongan penuh untuk mewakili negeri sendir
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


SPRM lancar bilik gerakan PRN Sabah ke-17
SPRM Sabah lancarkan bilik gerakan 24 jam bagi terima aduan rasuah dan salah guna kuasa sempena PRN Sabah ke-17. Orang awam boleh hubungi bilik gerakan di beberapa pejabat SPRM serta emel prnsabah@sprm.gov.my . SPRM ingatkan calon dan parti politik supaya patuhi undang-undang pilihan raya; pengundian PRN Sabah ke-17 pada 29 Nov.
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


PM Thailand gantung perjanjian damai dengan Kemboja susulan insiden letupan periuk api
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, mengumumkan penggantungan perjanjian damai Thai-Kemboja serta pembebasan 18 tahanan tentera Kemboja susulan insiden letupan periuk api di sempadan Si Sa Ket. Letupan yang mencederakan empat anggota tentera Thailand, menyebabkan seorang cedera parah pada kaki kanan dan tiga lain cedera ringan, berpunca daripada periuk api yang baru dipasang, menimbulkan kebimbangan keselamatan di kawasan sempadan. Anutin menegaskan insiden itu seb
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


1,333 pendatang tanpa izin ditahan cuba memasuki Malaysia melalui perairan Langkawi sejak 2020
1,333 pendatang tanpa izin termasuk warga Rohingya ditahan di perairan Langkawi dan Kedah antara 2020 hingga kini oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Langkawi menjadi lokasi pilihan disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan sempadan Thailand, memudahkan migran untuk mendarat sebelum dihantar ke destinasi lain di Malaysia. Migran sanggup hadapi risiko perjalanan berbahaya melalui laut tanpa perlindungan keselamatan, membayar wang kepada sindiket; operasi Ops Guar
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Serangan dron Israel bunuh dua penduduk Gaza, pelanggaran gencatan senjata terus meningkat
Dua penduduk Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh dalam serangan dron Israel di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, pada Isnin. Hamas melaporkan Israel telah melakukan lebih 270 serangan sejak gencatan senjata bermula, mengorbankan lebih 90 peratus orang awam. Tentera Israel mendakwa individu yang disasarkan merupakan "ancaman segera" kepada pasukan mereka; serangan ini menambah kepada siri keganasan di Gaza dengan banyak kawasan terjejas.
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Kontroversi sunting ucapan Trump: Orang kanan BBC letak jawatan
London: Ketua Pengarah BBC, Tim Davie dan Ketua Eksekutif Beritanya, Deborah Turness meletak jawatan susulan kritikan terhadap dakwaan berat sebelah dalam laporan penyiar itu. BBC berdepan tekanan selepas laporan dalaman yang bocor mendedahkan kegagalan dalam liputan berkaitan perang Hamas-Israel, isu transgender dan ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Difahamkan, program dokumentari Panorama didakwa menyunting dua bahagian ucapan Trump sehingga kelihatan bel
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Penemuan Bilqis bongkar sindiket jual kanak-kanak rentas negeri
Jakarta: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dilapor hilang daripada jagaan keluarganya di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, dipercayai dibeli seorang wanita dari Jakarta sebelum dijual semula kepada sindiket lain di Kota Jambi di Sumatera. Taktik sindiket itu terbongkar selepas polis menahan seorang wanita (SY), 30, yang juga suspek terawal melarikan kanak-kanak malang itu. SY ditahan di Jalan Abu Bakar Lambogo, Kecamatan Makkasar pada Khamis lalu, selepas rakaman
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Hafiz Suip hilang doa ibu
KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip kehilangan bonda tercinta, iaitu Allahyarham Halizawati Salleh, 62, kira-kira jam 9.40 malam tadi. Berita pemergian ibunya itu dikongsi Hafiz dalam hantaran Facebook (FB). "Inalillahiwainailahirojiun, hilangnya doa seorang ibu," tulisnya ringkas. Difahamkan, Allahyarham Halizawati menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Kuching, Sarawak akibat penyakit kencing manis.
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Kecederaan gugat Courtois sertai skuad Belgium
MADRID: Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois berdepan kemungkinan terlepas dua aksi penting kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan dan Liechtenstein selepas mengalami kecederaan otot kaki ketika beraksi bersama Real Madrid. Courtois, 33, mengalami kecederaan pada otot adduktor semasa aksi seri tanpa jaringan menentang Rayo Vallecano, semalam. Madrid bagaimanapun tidak menyatakan tempoh pemulihan diperlukan namun laporan media Sepanyol melaporkan penjaga gol berpengalaman
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Lelaki warga China disyaki cuba seludup hampir 7kg ketamin di KLIA2
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga China ditahan bersama hampir tujuh kilogram (kg) dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM344,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada 28 Oktober lalu. Suspek ditahan di Balai Ketibaan KLIA2 hasil kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS). Pengarah Kastam JKDM KLIA, Zulkifli Muhammad, berkata terdahulu imbasan terh
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


Piala FA: Selangor FC, Sabah FC terikat 2-2
Selangor FC(SFC) sekali lagi berdepan detik mengecewakan apabila gagal mengekalkan kelebihan dan terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 menentang Sabah FC pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Likas. Keputusan itu sekali gus menambah tekanan terhadap skuad kendalian Christophe Gamel, selepas prestasi hambar mereka dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) yang mengundang kemarahan penyokong setia Gergasi Merah..
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read


PM: Ugutan bukan jalan penyelesaian
Penyelesaian tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilakukan melalui perbincangan dan rundingan rasional, bukannya dengan ugutan atau pendekatan konfrontasi, pertelingkahan antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited menyelesaikan semua tuntutan berkaitan MA63 secara menyeluruh dan berperingkat termasuk menerusi perbincangan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipe
latifah ariffin
Nov 11, 20251 min read
bottom of page