Isu 40 peratus hasil Sabah: Tiada rayuan, rundingan dimulakan segera
- latifah ariffin
- Nov 11, 2025
- 1 min read

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil yang diperoleh dari Sabah.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan berkata susulan keputusan dibuat petang tadi, Kerajaan Persekutuan akan segera memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Sabah.
Kenyataan itu menjelaskan keputusan berkenaan dibuat melalui Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang diadakan hari ini bagi membincangkan berkenaan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober lalu.
"Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan




Comments