top of page

Kecederaan gugat Courtois sertai skuad Belgium

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 11, 2025
  • 1 min read

MADRID: Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois berdepan kemungkinan terlepas dua aksi penting kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan dan Liechtenstein selepas mengalami kecederaan otot kaki ketika beraksi bersama Real Madrid.

Courtois, 33, mengalami kecederaan pada otot adduktor semasa aksi seri tanpa jaringan menentang Rayo Vallecano, semalam.

Madrid bagaimanapun tidak menyatakan tempoh pemulihan diperlukan namun laporan media Sepanyol melaporkan penjaga gol berpengalaman itu mungkin direhatkan antara 10 hingga 12 hari.

Justeru itu, Courtois dijangka bakal kembali untuk aksi La Liga menentang Elche pada 23 November.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page