top of page

PNB terajui agenda nilai mampan pemegang saham

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 12, 2025
  • 1 min read

Dalam konteks ini, Permodalan Nasional Bhd (PNB) muncul sebagai antara peneraju utama agenda transformasi berskala besar yang menumpukan kepada pembinaan nilai mampan, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh struktur ekonomi negara.Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rick Ramli, berkata proses transformasi dilaksanakan bukan sekadar perubahan strategi pelaburan, tetapi juga penstrukturan semula menyeluruh terhadap budaya, tadbir urus dan nilai organisasi.

"Matlamat kami jelas, memberikan pulangan mampan kepada lebih 13 juta pemegang unit di seluruh negara. Namun untuk mencapai matlamat ini, kami perlu melangkaui sempadan konvensional dan memperluas skop pelaburan secara global," katanya pada sesi panel Transformation at Scale: Delivering Sustainable Shareholder Value in Malaysia sempena PNB Knowledge Forum 2025.

Sesi berkenaan turut menampilkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Khairussaleh Ramli, serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property Bhd, Datuk Seri Azmir Merican.



Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page