Lelaki warga China disyaki cuba seludup hampir 7kg ketamin di KLIA2
- latifah ariffin
- Nov 11, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga China ditahan bersama hampir tujuh kilogram (kg) dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai RM344,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada 28 Oktober lalu.
Suspek ditahan di Balai Ketibaan KLIA2 hasil kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Pengarah Kastam JKDM KLIA, Zulkifli Muhammad, berkata terdahulu imbasan terhadap bagasi suspek menunjukkan imej mencurigakan, justeru mendorong pemeriksaan lanjut dilakukan.
"Hasil pemeriksaan ke atas dua bagasi milik suspek kemudian menemui beberapa bungkusan kecil plastik lutsinar mengandungi serbuk disyaki dadah jenis ketamin yang dibalut aluminium dan disorok dalam ruang rahsia di bahagian pelapik kain beg.




Comments