Kontroversi sunting ucapan Trump: Orang kanan BBC letak jawatan
- latifah ariffin
- Nov 11, 2025
- 1 min read

London: Ketua Pengarah BBC, Tim Davie dan Ketua Eksekutif Beritanya, Deborah Turness meletak jawatan susulan kritikan terhadap dakwaan berat sebelah dalam laporan penyiar itu.
BBC berdepan tekanan selepas laporan dalaman yang bocor mendedahkan kegagalan dalam liputan berkaitan perang Hamas-Israel, isu transgender dan ucapan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Difahamkan, program dokumentari Panorama didakwa menyunting dua bahagian ucapan Trump sehingga kelihatan beliau menggalakkan rusuhan di Capitol Hill pada Januari 2021.
Susulan itu juga, Trump menyambut baik peletakan jawatan itu dan menuduh kedua-dua pegawai terbabit sebagai 'orang yang sangat tidak jujur'.




Comments