top of page



Beberapa jalan dan kawasan di Gua Musang mula dinaiki air
GUA MUSANG: Beberapa jalan dan kawasan di daerah ini mula dinaiki air apabila hujan lebat bermula kira-kira jam 7 petang tadi. Difahamkan jalan Gua Musang-Jelawang, dekat Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang dan Persimpangan Bendahara di Jalan Gua Musang-Kuala Krai mula dinaiki air sehingga menyebabkan banyak kenderaan terkandas. Selain itu, jalan masuk ke KESEDAR Chalil juga turut dinaiki air sehingga tidak selamat untuk dilalui oleh kenderaan ringan. Hasil tinjauan mendapati
latifah ariffin
Nov 4, 20251 min read


Projek WCE: 19 pemilik tanah diberi tempoh 7 hari kosongkan tapak
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menetapkan tempoh terakhir kepada 19 pemilik tanah di Kampung Jawa yang masih enggan mengosongkan kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE). Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, mesyuarat yang diadakan pada Isnin mencapai keputusan untuk memberikan peluang terakhir kepada pemilik terbabit sebelum tindakan penguatkuasaan diambil. Katanya, proses pengambilan tanah telah disempurnakan
latifah ariffin
Nov 4, 20251 min read


Rakyat Malaysia mati ditembak di Golok, PGA perketat kawalan sempadan
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia. Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghalang sebarang cubaan pencerobohan oleh pihak terlibat yang ingin bersembunyi di negara ini. Beliau berkata pegawai dan anggota dari
latifah ariffin
Nov 2, 20251 min read


Kawal, pandu AI bukan biar diri dikuasai – Sultanah Nur Zahirah
KUALA NERUS – Sultanah Nur Zahirah menitahkan graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) agar tidak membiarkan diri terlalu dikuasai teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menjejaskan nilai, adab dan akhlak dalam kehidupan. Baginda yang juga Canselor UniSZA bertitah, biarpun berada dalam era moden yang sarat dengan ledakan teknologi, insan perlu menjadi pihak yang mengawal dan memandu penggunaan AI agar tidak tersasar daripada landasan kemanusiaan.
latifah ariffin
Nov 2, 20251 min read


13 juta rakyat nikmati penjimatan RM800 juta melalui BUDI95
PETALING JAYA: Seramai 13.1 juta rakyat menikmati penjimatan berjumlah RM800 juta hasil pelaksanaan program Budi Madani Ron95 (BUDI95) pada bulan pertama sejak ia dilancarkan pada 30 September lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 13.1 juta rakyat telah melakukan transaksi pembelian BUDI95 dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM2.66 bilion.
latifah ariffin
Nov 1, 20251 min read


AI beri manfaat, namun memudaratkan jika salah guna - Ketua Hakim Negara
KUALA LUMPUR: Kecerdasan buatan (AI) umpama gergaji rantai yang memberikan manfaat sekiranya digunakan dengan betul, namun boleh memudaratkan jika disalahgunakan, kata Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Beliau berkata teknologi berkenaan sudah digunakan dalam penyelidikan undang-undang, analisis kontrak, analisis ramalan serta dalam proses membuat keputusan kehakiman. Wan Ahmad Farid berkata meskipun AI mungkin boleh membantu menambah baik kerja-kerja
latifah ariffin
Nov 1, 20251 min read


Wartawan berhak tanya, media perlu dihormati - Fahmi
PUTRAJAYA: Wartawan berhak mengemukakan apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dan kerajaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.Beliau berkata insiden seorang menteri yang didakwa mengugut seorang wartawan selepas bertanya mengenai penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan dalam satu acara rasmi, telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang dipengerusikan Timbalan
latifah ariffin
Oct 31, 20251 min read


Ismanira didapati bersalah tuduhan pengabaian Zayn Rayyan
IBU kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu Ismanira Abdul Manaf, 30, didapati bersalah kerana mengabaikan anaknya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal kepadanya, dua tahun lalu. Hakim Dr Syahliza Warnoh menyampaikan keputusan itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada awal pagi Jumaat. Dalam penghakimannya, Dr Syahliza berkata mahkamah meneliti hujah pembelaan dan mendapati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasab
latifah ariffin
Oct 31, 20251 min read


Tiga kereta antara 727 barang milik Datuk Vida berjaya dilelong RM1 juta
IPOH - Semua barangan peribadi milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida termasuk tiga kenderaan mewah berjaya dilelong dengan nilai keseluruhan RM1 juta pada Khamis. Proses lelongan yang diadakan di kediaman beliau di Meru Heights itu bermula sekitar 10.30 pagi dan berakhir kira-kira 1.40 petang melibatkan dua pembida yang juga usahawan. Bagaimanapun, hanya seorang daripada mereka, Norzamri Abdullah berjaya memperoleh keseluruhan barangan yang disenaraikan selepas seorang lagi
latifah ariffin
Oct 30, 20251 min read


Anwar menghadap Agong, persembah hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini, hari ini. Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan mengenai hasil Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di ibu negara minggu lalu. Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam memaklumkan bahawa sebanyak 80 dokumen has
latifah ariffin
Oct 30, 20251 min read


Kedaulatan Halal Malaysia Perlu Kekal Terpelihara Dalam Perjanjian Dagang Malaysia–Amerika – Dr. Mujahid
KUALA LUMPUR – Parti Amanah menegaskan, sistem pensijilan halal Malaysia harus kekal berdaulat dan tidak akan terjejas oleh Perjanjian Dagang Timbal Balik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai di Kuala Lumpur baru-baru ini. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, perjanjian tersebut antara lain menyatakan tentang standard halal iaitu Malaysia shall streamline procedures for halal certification of U.S. food and agricultural exports while
latifah ariffin
Oct 30, 20251 min read


PM Anwar zahir keprihatinan, arah bantu dua anggota trafik cedera ketika iringi delegasi Asean
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap dua anggota trafik yang cedera ketika menjalankan tugas mengiringi delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak Asean ke-47 baru-baru ini, dan telah mengarahkan agar bantuan segera disalurkan kepada mereka. Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata beliau mewakili Perdana Menteri untuk menyampaikan sumbangan serta menzahirkan keprihatinan kepada dua
latifah ariffin
Oct 28, 20251 min read


Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ditutup, Malaysia serah kepengerusian kepada Filipina
KUALA LUMPUR, 28 Oktober - Tirai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan di ibu negara, ditutup secara rasmi hari ini, sekaligus melengkapkan penganjuran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya menyifatkan, penganjuran di Kuala Lumpur sebagai satu penghormatan besar yang telah memberi ruang kepada sesi pertukaran pandangan yang padat dan penuh pencerahan. Merumuskan hasil mesyuarat, be
latifah ariffin
Oct 28, 20251 min read


Rakyat Malaysia habiskan 8 jam atas talian sehari
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menghabiskan purata lapan jam sehari melayari platform dalam talian berdasarkan laporan terbaharu diterbitkan Ipsos Digital 2025. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata ia menjadikan Malaysia antara pengguna internet paling aktif di rantau Asia Tenggara.
latifah ariffin
Oct 28, 20251 min read


ASEAN perkukuh keamanan dan kemakmuran di bawah kepimpinan Malaysia - Setiausaha Agung
KUALA LUMPUR - Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) kekal teguh dalam usaha memajukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini serta di peringkat global di bawah Kepengerusian Malaysia tahun ini, kata Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn .
latifah ariffin
Oct 28, 20251 min read


China puji kemajuan hubungan dua hala dengan ASEAN
KUALA LUMPUR: China memuji kemajuan terbaharu hubungan dua hala dengan ASEAN , khususnya melalui Perjanjian Naik Taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China (ACFTA) 3.0 yang disifatkan sebagai langkah penting ke arah memperluas perdagangan, pelaburan dan integrasi ekonomi serantau. KUALA LUMPUR: China memuji kemajuan terbaharu hubungan dua hala dengan ASEAN, khususnya melalui Perjanjian Naik Taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN–China (ACFTA) 3.0 yang disifatkan sebagai langk
latifah ariffin
Oct 28, 20251 min read


Mangsa Banjir Petani, Nelayan dan Penternak Diminta Segera Laporkan Kerugian Kepada Pejabat Pertanian – Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR - Petani , penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir diminta segera melaporkan sebarang kerosakan harta benda atau kehilangan sumber pendapatan kepada pejabat pertanian atau agensi berkaitan terdekat.
latifah ariffin
Oct 26, 20251 min read


Hulurkan salam, lemparkan senyuman. Biar satu dunia tahu, Malaysia hebat! – KSN
“Citra kebudayaan dan keunikan kepelbagaian yang ada di Malaysia pastinya menjadi tumpuan dunia. Hulurkan salam, lemparkan senyuman. Biar satu dunia tahu, Malaysia hebat!,” - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar
latifah ariffin
Oct 26, 20251 min read


Berita Terkini ASEAN25: Donald Trump tiba di Malaysia Sempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13
SEPANG: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.53 pagi tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan mesyuarat berkaitan. Trump disambut oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta pegawai kanan kerajaan sejurus keluar dari pesawat Air Force One pada 10.06 pagi.
latifah ariffin
Oct 26, 20251 min read


Presiden Brazil diberi sambutan rasmi di Putrajaya
PUTRAJAYA - Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra di sini pada Sabtu bersempena kehadirannya sebagai Tetamu Pengerusi bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
latifah ariffin
Oct 25, 20251 min read
bottom of page