Kawal, pandu AI bukan biar diri dikuasai – Sultanah Nur Zahirah
- latifah ariffin
- Nov 2, 2025
- 1 min read

KUALA NERUS – Sultanah Nur Zahirah menitahkan graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) agar tidak membiarkan diri terlalu dikuasai teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menjejaskan nilai, adab dan akhlak dalam kehidupan.
Baginda yang juga Canselor UniSZA bertitah, biarpun berada dalam era moden yang sarat dengan ledakan teknologi, insan perlu menjadi pihak yang mengawal dan memandu penggunaan AI agar tidak tersasar daripada landasan kemanusiaan.




Comments