Rakyat Malaysia mati ditembak di Golok, PGA perketat kawalan sempadan
- latifah ariffin
- Nov 2, 2025
- 1 min read

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghalang sebarang cubaan pencerobohan oleh pihak terlibat yang ingin bersembunyi di negara ini.
Beliau berkata pegawai dan anggota dari Batalion 7 PGA, 9 PGA dan Senoi Praaq terus menjalankan pemantauan dan rondaan di sepanjang sempadan mengikut tugasan masing-masing.
"Kita sudah membuat kawalan dan rondaan berterusan kerana yakin kegiatan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan akan lebih rancak pada Ramadan.




Comments