Beberapa jalan dan kawasan di Gua Musang mula dinaiki air
- latifah ariffin
- Nov 4, 2025
- 1 min read

GUA MUSANG: Beberapa jalan dan kawasan di daerah ini mula dinaiki air apabila hujan lebat bermula kira-kira jam 7 petang tadi.
Difahamkan jalan Gua Musang-Jelawang, dekat Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang dan Persimpangan Bendahara di Jalan Gua Musang-Kuala Krai mula dinaiki air sehingga menyebabkan banyak kenderaan terkandas.
Selain itu, jalan masuk ke KESEDAR Chalil juga turut dinaiki air sehingga tidak selamat untuk dilalui oleh kenderaan ringan.
Hasil tinjauan mendapati keadaan banjir itu mencemaskan penduduk daerah itu, apabila video mengenai banjir kilat mula tular di media sosial.




Comments