top of page

Tiga kereta antara 727 barang milik Datuk Vida berjaya dilelong RM1 juta

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Oct 30, 2025
  • 1 min read

IPOH - Semua barangan peribadi milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida termasuk tiga kenderaan mewah berjaya dilelong dengan nilai keseluruhan RM1 juta pada Khamis.

Proses lelongan yang diadakan di kediaman beliau di Meru Heights itu bermula sekitar 10.30 pagi dan berakhir kira-kira 1.40 petang melibatkan dua pembida yang juga usahawan.

Bagaimanapun, hanya seorang daripada mereka, Norzamri Abdullah berjaya memperoleh keseluruhan barangan yang disenaraikan selepas seorang lagi pembida menarik diri.

Antara aset yang dilelong ialah sebuah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 selain 727 barangan dalam rumah seperti set sofa, meja makan, televisyen, penghawa dingin, teleskop, gitar elektrik, piano, set karaoke, meja pool, hiasan dinding dan pasu.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page