Zed Zaidi terus terajui Seniman, fokus kebajikan dan pendigitalan
- latifah ariffin
- Dec 19, 2025
- 1 min read

Pelakon Zed Zaidi (nama sebenar Rozaidi Jamil) telah dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk penggal 2025–2028, selepas menang dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-24 persatuan itu.
Selain Zed Zaidi sebagai Presiden, Rena Tan dilantik Timbalan Presiden, Hafiz Nafiah sebagai Setiausaha Agung, Salman Al-Farisi sebagai Penolong Setiausaha dan Zarina Mohd Nor sebagai Bendahari. Beberapa nama lain dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa untuk penggal ini.




Comments