Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
- latifah ariffin
- Feb 6
- 1 min read

Kumpulan nasyid terkenal Inteam terus membuktikan kelangsungan perjalanan seni mereka menerusi Konsert Nur Kasih 25 Tahun yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam Ahad lepas.
Inteam yang ditubuhkan pada awal 2000 dianggotai Mohd Syahril Abdul Khalid (Syah), Muhammad Hazamin Harun (Hazamin), Hisyam Ahmad (Hisyam) dan Abdul Rahim Osman (Rahim) mempersembahkan lebih 25 lagu sepanjang hampir tiga jam, termasuk karya baharu serta deretan lagu hit yang mengimbau nostalgia peminat sejak era awal milenium hingga kini.
Sebagai konsert kedua susulan sambutan menggalakkan tahun lepas, persembahan itu disusun rapi menerusi gabungan segmen rohani, kemanusiaan dan hiburan, sekali gus membawa penonton menyusuri evolusi muzik Inteam merentas dua dekad.




Comments