Ummi Nazeera imbau detik cemas ketika mendaki, diselamatkan sekumpulan pakcik Cina.
- latifah ariffin
- Oct 22, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ummi Nazeera, berkongsi pengalaman mendaki yang penuh debaran apabila salah seorang rakannya cedera, memaksa mereka bergantung sepenuhnya kepada bantuan orang luar untuk selamat menuruni gunung.
Menurut pemilik nama lengkap Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 35, kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu ketika dia bersama tiga rakan wanita lain melakukan aktiviti pendakian.
Beberapa tahun lalu, kami empat sahabat wanita pergi mendaki, penuh dengan gelak tawa dan semangat. Namun, keseronokan itu terhenti apabila salah seorang daripada kami, Kak Ina, terjatuh dan terseliuh buku lali di kawasan air terjun.
Malam mulai gelap, dan tiada seorang pun daripada kami yang cukup kuat untuk mengusung Kak Ina turun. Rasa panik mula menyelubungi kami," katanya.menerusi hantaran di aplikasi Thread.
Walaupun tidak mendedahkan lokasi, dia bersyukur apabila sekumpulan lelaki warga emas berketurunan Cina muncul secara tiba-tiba untuk membantu.
"Tiba-tiba datang sekumpulan pakcik Cina datang membant tanpa ragu-ragu. Mereka membina pengusung sementara untuk membawa Kak Ina turun dengan selamat. Kami selamat tiba sekitar pukul 9 malam," kongsi Ummi.tanpa mendedahkan lokasi kejadian itu berlaku.




Comments