Tiket serendah RM39, Ella janji 14 Februari anda bakal terpaling romantis
- latifah ariffin
- Dec 4, 2025
- 1 min read

Dengan tiket serendah RM39, ratu rock tanah air Ella akan membuatkan anda terpesona dengan lagu-lagu nostalgia beliau termasuk Layar Impian, Pergilah Sayang, Baldu Biru dan banyak lagi dalam konsert mega Majlis Tertinggi Rockqueen pada 14 Februari 2026.
Dianjurkan Hitman Solutions & Rockqueen, konsert ini bakal melakar sejarah sebagai penghargaan kepada legasi Ella, serta sebagai simbol penyatuan, peminat, penggiat seni dan masyarakat Malaysia.
Menurut Ella, tema kemanusiaan – ‘Peace, Love & Rindu’ – yang dipilih bersesuaian dengan misi yang ingin dicapai menerusi pementasan mega ini.




Comments