Tiada Lagi Jodoh, Along Cham dan Afreena Sah Bercerai
- farlisaramly
- Sep 30, 2025
- 1 min read

SEPANG – Pelakon dan pelawak, Along Cham, 42, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Afreena Suhaimi, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini, selepas hampir setahun melalui proses perbicaraan.
Lafaz cerai talak raj’ie dibuat di hadapan Hakim Syarie, Muhammad Nazri Basrawi, pada jam 1.59 tengah hari, sekali gus menamatkan perkahwinan mereka yang hanya bertahan setahun.
Hakim turut mengesahkan tiada lafaz rujuk berlaku dan menegur pasangan terbabit kerana merujuk tanpa mengikut prosedur yang betul.
Along, yang hadir ditemani ibunya, meluahkan rasa lega selepas kemelut rumah tangga yang bermula Januari lalu berakhir.Afreena pula menyatakan bahawa perceraian itu telah dijangka lebih awal.
Pasangan itu berkahwin pada 4 April 2023. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Along selepas berpisah dengan Zila Seeron pada 2016. Mereka tidak dikurniakan anak hasil perkahwinan ini.




Comments