Tertekan Fikirkan Masalah Kewangan Punca Dharma Harun Makin Kurus
- farlisaramly
- Jul 3, 2025
- 1 min read

Anak kepada Dharma Harun, Syafiq memaklumkan Pelakon legenda 68 tahun, kini dilaporkan sangat kurus berat badannya turun hingga sekitar 45 kg disebabkan tekanan masalah kewangan dan beban keluarga. Dharma menghadapi tunggakan sewa rumah sehingga “ hilang selera makan ” dan buntu memikirkan cara untuk selesaikan masalah.
Sebelum ini beratnya sekitar 80 kg, tetapi sejak masalah kewangan dan kesihatannya termasuk demam, asma dan pernah diserang angin ahmar pada 2019—turun 20+ kg.
Malah, Dharma dan keluarganya juga difahamkan sudah menerima notis untuk mengosongkan kediaman yang disewanya di Wangsa Maju sehingga hujung Jun ini daripada pemilik memandangkan dua anaknya iaitu Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, tidak bekerja kerana masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Sejak kisah masalah kewangan dihadapi itu tular, Dharma menjadi perhatian ramai termasuk beberapa pihak seperti Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Pusat Zakat dan Yayasan Budi tampil membantunya




Comments