Taylor Swift dan Travis Kelce Umum Bertunang
- farlisaramly
- Aug 27, 2025
- 1 min read

LOS ANGELES, 27 Ogos 2025 – Penyanyi terkenal Taylor Swift dan pemain NFL, Travis Kelce, mengumumkan pertunangan mereka menerusi satu hantaran Instagram pada Selasa.
Pasangan itu berkongsi gambar romantik ketika Kelce melamar Swift di sebuah taman bunga, lengkap dengan kapsyen jenaka: “Guru Bahasa Inggeris dan guru Pendidikan Jasmani anda akan berkahwin.”
Gambar tersebut memaparkan Kelce melutut sambil menyerahkan cincin berlian kepada Swift, diiringi lagu “So High School” nyanyian penyanyi itu sendiri. Hantaran berkenaan menerima lebih 17 juta tanda suka dan ucapan tahniah daripada NFL serta peminat di seluruh dunia.
Taylor Swift dan Travis Kelce, masing-masing berusia 35 tahun, mula menjalinkan hubungan pada 2023. Setakat ini, tarikh perkahwinan belum diumumkan.




Comments