top of page

Selena Gomez & Benny Blanco Kini Suami Isteri! Majlis Intim di Santa Barbara Curi Perhatian Peminat

  • farlisaramly
  • Sep 28, 2025
  • 1 min read
Gomez sahkan perkahwinan melalui hantaran Instagram bersama foto dan video dengan Blanco - Foto dari IG selenagomez
Gomez sahkan perkahwinan melalui hantaran Instagram bersama foto dan video dengan Blanco - Foto dari IG selenagomez

LOS ANGELES: Selena Gomez kini rasmi bergelar isteri! Penyanyi dan pelakon popular berusia 33 tahun itu dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan penerbit muzik ternama, Benny Blanco, 37, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung sederhana tapi penuh makna di Santa Barbara, California, semalam.


Hubungan cinta yang terjalin selama dua tahun akhirnya disatukan dengan lafaz 'I do', dan Gomez sendiri berkongsi berita bahagia itu di Instagram.


Dalam hantaran tersebut, Gomez memuat naik beberapa foto dan video manis bersama Blanco yang diambil di luar lokasi majlis. Mengenakan gaun putih menawan sambil menggenggam sejambak bunga, pelantun lagu Who Says itu tampak berseri di sisi suaminya yang segak dalam tuksedo hitam dan bowtie.


"9.27.25," tulis Gomez ringkas di kapsyen, merujuk kepada tarikh bersejarah mereka.


Blanco juga tidak ketinggalan meninggalkan komen romantis:"Isteri saya di dunia nyata."


Hubungan mereka sebelum ini mula mencuri perhatian selepas Gomez mendedahkan telah dilamar Blanco pada Disember lalu ketika berkelah santai. Ketika itu, dia turut berkongsi gambar cincin pertunangan yang diterimanya.


Sejak dari itu, pasangan ini dilihat makin terbuka berkongsi momen bersama. Malah dalam temu bual bersama Rolling Stone pada Mac lalu, Blanco sempat berseloroh bahawa hampir setiap hari dia dan Gomez sibuk merancang hari bahagia mereka.


Tahniah Selena & Benny – dari cinta di studio, kini ke alam rumahtangga!

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page