top of page

'Saya dipukul ketika mengandung' – Uqasha dakwa empat tahun derita keganasan rumah tangga

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Dec 18, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose, 33, mendakwa menjadi mangsa penderaan mental dan fizikal sepanjang empat tahun usia perkahwinannya dengan Kamal Adli, termasuk ketika sedang sarat mengandung.

Uqasha mendakwa suaminya bersikap baran dan tidak boleh ditegur, sehingga menyebabkan dia hidup dalam ketakutan.

"Selama empat tahun berkahwin, dia dera mental dan emosi saya. Ketika saya mengandung pun dia boleh memukul saya. Dia seorang yang tidak boleh ditegur dan terlalu baran sampai saya jadi takut," katanya dalam nada sebak sambil mengalirkan air mata.

Uqasha turut mendakwa Kamal tidak bertolak ansur dalam soal penjagaan anak serta mengabaikan kebersihan rumah tangga.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page