top of page

Saya berjuang untuk anak, berjumpa Uqasha sudah tiada peluang' - Kamal Adli

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Dec 18, 2025
  • 1 min read

Kuala Lumpur: Pelakon Kamal Adli akan memanfaatkan saluran mahkamah sekaligus mengelak menggunakan media sosial untuk membuat kenyataan 'bodoh' berhubung kes rumah tangganya dengan Uqasha Senrose.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata dia akan terus berjuang untuk mempertahankan rumah tangganya sekali gus melunaskan tanggungjawab sebagai suami.

"Hari ini akan dengar apa hakim akan cakap, saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku di dalam (kamar bicara) nanti. Saya akan pertahankan selagi mana mampu, ikut prosedur mahkamah.

"Saya tetap berjuang untuk anak. Ruang saya hanya di mahkamah, untuk berjumpa Uqasha sudah tiada peluang lagi. Saya tak akan buat kenyataan bodoh, saya guna saluran yang betul (mahkamah)," katanya ditemui pada prosiding keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP), di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page