top of page

Pencarian terbuka penyampai baharu ERA dapat sambutan luar biasa

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 4, 2025
  • 1 min read

PENCARIAN terbuka bagi penyampai baharu ERA telah selesai di dua lokasi utama iaitu UiTM Shah Alam dan ASWARA, menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha ERA mencari bakat baharu untuk mengisi ruang penyiaran radio paling popular di Malaysia.

Proses pemilihan kini memasuki fasa seterusnya di mana pihak pengurusan ERA sedang meneliti dan memilih 20 peserta terbaik sepanjang bulan ini. Peserta yang terpilih akan melalui pelbagai tugasan sehingga ke peringkat akhir pada 20 November 2025, dan hanya lima finalis akan mara ke pusingan penentuan.

Kali terakhir pencarian ini diadakan adalah pada tahun 2019, namun edisi kali ini mencatatkan sambutan yang amat menggalakkan, baik secara online mahupun melalui sesi pencarian terbuka. Ini membuktikan ERA terus kekal relevan sebagai jenama radio pilihan pendengar berusia 18 hingga 40 tahun.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page