top of page

Nabila Huda pilih detoks media sosial, akui hidup lebih tenang

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Oct 30, 2025
  • 1 min read

KUALA LUMPUR: Mengakui dunia media sosial kini terlalu toksik hingga nilai kasih sayang semakin pudar dalam kalangan masyarakat, pelakon, Nabila Huda memilih untuk mengehadkan penggunaannya demi ketenangan diri.

Sejak mempraktikkan langkah itu, Nabila atau mesra disapa Abil, 41, berkata hidupnya kini jauh lebih tenteram kerana tidak lagi perlu mengambil tahu hal di sekeliling yang tiada kaitan dengan dirinya.

Akibat jarang membuka media sosial juga, Abil tidak menyedari namanya tersenarai dalam Top 10 kategori Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-37.

Pelakon yang pernah menggenggam trofi Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2012 itu mengakui terkejut apabila dimaklumkan mengenai pencalonannya.

"Mungkin ada peminat yang sebut nama saya di Instagram Story (IGS), tapi disebabkan saya jarang buka notifikasi, saya tak perasan langsung," katanya ditemui pada sidang media Teater Muzikal Sulalatuss Salatin 2.0 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page