My Chemical Romance Umum Konsert di KL – Nostalgia Emo Kembali Menghantui!
- farlisaramly
- Jul 7, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR : Band rock terkenal, My Chemical Romance (MCR) mengesahkan Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah Asia Tenggara mereka tahun depan.
Menerusi hantaran di Instagram, MCR memaklumkan konsert akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026. Selain Malaysia, kumpulan dari Amerika Syarikat itu turut akan mengadakan konsert di Korea Selatan, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia.
MCR dikenali dengan lagu Welcome to The Black Parade, Helena, I Don't Love You, I'm Not Okay dan banyak lagi. Tiket akan dibuka bermula 11 Julai 2025 menerusi platform rasmi.





Comments