top of page

Macam baru kahwin semalam - isteri Faisal Halim

  • farlisaramly
  • Sep 12, 2025
  • 1 min read
Faisal Halim (tengah) bersama isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahri dan anak lelaki mereka Khalish Aryan. – Foto Instagram faisalhalim.7
Faisal Halim (tengah) bersama isterinya Nur Syazwani Mizuana Shahri dan anak lelaki mereka Khalish Aryan. – Foto Instagram faisalhalim.7

KUALA LUMPUR: Rumah tangga pemain sensasi Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim kembali harmoni apabila beliau memuat naik gambar mesra bersama isteri dan anak di laman Instagram miliknya.


Menerusi perkongsian di InstaStory pagi tadi, Faisal memuat naik foto memeluk erat isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri, dan anak lelaki mereka, Khalish Aryan, sambil menulis kapsyen ringkas "Alhamdulillah" dengan lagu "Sayang Sampai Mati" nyanyian Repvblik sebagai latar.


Menariknya, Nur Syazwani turut berkongsi semula gambar tersebut di InstaStory dengan luahan penuh syukur:"Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga. Sayang awak, Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semula."


Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Sebelum ini, Nur Syazwani pernah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas enam tahun berkahwin.


Bagaimanapun, perkongsian terbaru itu memberi gambaran jelas bahawa badai rumah tangga mereka telah berlalu dan hubungan kini kembali pulih, seolah-olah baru melangkah ke alam perkahwinan.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page