Kisah rumah tangga, ada pasang surut' - Zizi Kirana
- latifah ariffin
- Oct 26, 2025
- 1 min read

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, 40, tegas dengan pendiriannya untuk tidak berkongsi sebarang perkara membabitkan hal peribadi, termasuk rumah tangga bersama suaminya yang juga pelakon, Yusuf Bahrin.
Dia memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan lanjut kerana berasakan kehidupan peribadi adalah hak mutlaknya dan tidak perlu dikongsi dengan umum.
"Saya memang tidak mahu berikan penjelasan apa-apa mengenai rumah tangga saya kerana bagi saya, perkara itu tidak penting untuk diketahui ramai.
"Saya tidak kata saya bahagia atau tidak, sebab dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Apa yang penting, kita jaga saja privasi masing-masing.




Comments