Ikon muzik serantau, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, muncul dengan single terbaharu menampilkan penyanyi tersohor Indonesia, Lesti "Kumbang Bunga", Perpaduan Dua Budaya.
- latifah ariffin
- Oct 22, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Buah tangan terbaharu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Kumbang Bunga yang dinyanyikan bersama penyanyi Indonesia, Lesti muncul sebagai karya ekperimentasi alaf baharu dengan menggabungkan tiga irama muzik yang dibentuk menjadi genre kontemporari tradisional.
Siti dalam satu hantaran di Instagram memaklumkan gabungan muzik inang, dangdut dan masri dalam karya itu diharapkan dapat menarik minat pendengar, khususnya golongan muda terhadap muzik berteraskan warisan.




Comments