top of page

Bumi Di Bawah Bayu

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Dec 19, 2025
  • 1 min read

Orang lama simpan rahsia,


cara mengelak disengat lebah.


Tanahnya luas di Timur Malaysia,


dikenali sebagai negeri Sabah.



Puteri raja sungguh pemalu,


apabila bertemu dengan si putera.


Di Ranau terletak Gunung Kinabalu,


puncak tertinggi di Asia Tenggara.



Lepas kenyang tidur lena,


berselimut dengan kain batik.


Pulau Sipadan terletak di Semporna,


lautnya jernih pantainya cantik.



Dalam hutan ada si badak,


di tepi kolam ada si itik.


Kota Kinabalu ramai sumandak.


bahasanya lembut orangnya cantik.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page