top of page

Budaya Etnik Sabah Terus Dilestarikan: Komitmen Padu Kerajaan

  • farlisaramly
  • Jul 6, 2025
  • 1 min read
 YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor beramah mesra dengan masyarakat setempat ketika hadir merasmikan Festival Kebudayaan Rungus Sabah 2025 di Pusat Kebudayaan Rungus Sabah pada Ahad.
YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor beramah mesra dengan masyarakat setempat ketika hadir merasmikan Festival Kebudayaan Rungus Sabah 2025 di Pusat Kebudayaan Rungus Sabah pada Ahad.

KOTA MARUDU : Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam melestarikan budaya etnik di Sabah, khususnya budaya Rungus yang kaya dengan nilai seni dan adat resam.


Beliau berkata usaha memulihara warisan etnik penting bagi mengekalkan identiti negeri serta mewariskannya kepada generasi akan datang. Menurutnya, budaya bukan sekadar khazanah sejarah, malah aset perpaduan, pelancongan dan pembangunan.


Ketika merasmikan Festival Kebudayaan Rungus Sabah 2025, beliau turut memuji peranan Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) dalam menganjurkan festival itu secara konsisten.

Dalam ucapannya, Hajiji turut memaklumkan kerajaan akan mempertimbangkan cadangan menaik taraf Daerah Kecil Matunggong kepada daerah penuh, tertakluk kepada kajian kelayakan.


Beliau menyeru rakyat terus menyokong kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi kesinambungan pembangunan di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), dan menekankan pentingnya kestabilan politik untuk menjayakan dasar kerajaan.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page