top of page

Bolot enam anugerah, "Babah" dinobat Filem Terbaik FFM34

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 2, 2025
  • 1 min read

FILEM "Babah” dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, di sini malam Sabtu.

Kejayaan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta dan trofi.

Kemenangan itu sekali gus menundukkan empat lagi finalis dalam kategori sama iaitu Soloz: Game of Live, Takluk: Lahad Datu, Reversi serta Blood Brothers: Bara Naga.

Anugerah utama itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dengan diiringi Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page