top of page

Ben Amir Belajar Tagalog, Sasar Tembusi Pasaran Filipina

  • farlisaramly
  • Aug 23, 2025
  • 1 min read
Ben menegaskan kerjaya seninya di Malaysia tetap menjadi keutamaan, terutama dalam naskhah filem biarpun sudah berhijrah ke Filipina. - FOTO ig benamirr 
Ben menegaskan kerjaya seninya di Malaysia tetap menjadi keutamaan, terutama dalam naskhah filem biarpun sudah berhijrah ke Filipina. - FOTO ig benamirr 

PUTRAJAYA: Pelakon Ben Amir, 35, kini giat memperkukuh penguasaan bahasa Tagalog sebagai persediaan menembusi pasaran hiburan Filipina.


Sejak empat bulan lalu, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, memilih untuk berhijrah ke Pulau Siargao, Filipina, bagi mengembangkan kerjaya seni dan perniagaannya.

“Saya sudah berhubung dengan beberapa agensi bakat di sana. Mereka mencadangkan saya bermula dengan iklan komersial tanpa dialog kerana penguasaan Tagalog saya masih di peringkat asas,” katanya ketika ditemui pada tayangan Legasi: Bomba The Movie, baru-baru ini.

Ben berkata, dia lebih selesa belajar bahasa melalui perbualan harian bersama penduduk setempat, berbanding kelas formal.


Dalam masa sama, Ben tetap komited terhadap kerjaya lakonannya di Malaysia, terutama dalam bidang filem kerana tempoh penggambaran yang lebih fleksibel.


Tambahnya, walaupun mempunyai pengurus di Filipina, beliau memilih untuk memantau sendiri perkembangan perniagaan yang sedang diusahakan di sana.

“Saya tak boleh bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Sebagai pemilik, saya perlu turun padang,” jelasnya.

Ben yakin, langkah berhijrah ke Filipina bukan sahaja membuka peluang baharu, malah mampu memperkukuh perjalanan seninya di peringkat serantau.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page