Azmir Saifuddin duduki semula kerusi Finas
- latifah ariffin
- Nov 5, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan semula Datuk Azmir Saifuddin Mutalib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi tempoh 1 November 2025 hingga 31 Oktober 2027.
Dalam satu kenyataan kepada media, Azmir turut menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui jawatan tersebut bagi penggal kedua.Meneruskan komitmen terhadap tugas, Azmir menggariskan empat fokus utama dalam hala tuju bersama agensi terbabit.
Antaranya ialah pindaan Akta Finas 1981 (Akta244) yang bertujuan memperkemas perundangan dan tadbir urus industri bagi melindungi kebajikan kru produksi, memodenkan perlesenan serta menyokong model pekerjaan kreatif kontemporari.
Beliau juga melaksanakan Dasar Perfileman Negara (DFN) 2025-2035 yang melibatkan pelan pembangunan dalam tempoh 10 tahun.
Sebanyak RM110 juta diperuntukkan sebagai insentif bagi menggalakkan penerbit tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.




Comments