Air Mata Ziana Tumpah, Konsert Berlangsung Tanpa Tatapan Terakhir Ayah Tercinta.
- farlisaramly
- Aug 27, 2025
- 1 min read

SHAH ALAM – Penyanyi tersohor, Ziana Zain meluahkan rasa sebak dan rindu apabila bapanya, Allahyarham Zain@Zin Abdullah, 87, meninggal dunia sebelum sempat menyaksikan konsert impian anak-anaknya.
“Abah orang paling teruja tentang konsert kami… tapi Allah lebih menyayanginya,” kata Ziana dalam nada hiba di kediaman keluarganya malam tadi.
Menurut Ziana, arwah bapa sangat gembira apabila mengetahui beliau bersama adiknya, Anuar Zain serta anak saudara, Ernie Zakri dan Syamel, bakal berkongsi pentas dalam Konsert Empat Live In Kuala Lumpur, Oktober depan.
Ziana turut mengimbas kenangan zaman susah bersama arwah, termasuk insiden motosikal rosak ketika mereka membeli kain persembahan di Klang.
“Abah sentiasa percaya kami boleh pergi jauh. Dia memang pengkritik tegas, tapi dialah penyokong nombor satu kami,” katanya sambil menahan air mata.
Jenazah Allahyarham Zin Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Elmina, Shah Alam sekitar jam 7 malam semalam, disaksikan keluarga dan kenalan rapat. - Berita Harian




Comments