Ada Kelas Tersendiri
- latifah ariffin
- Oct 18, 2025
- 1 min read
Updated: Oct 21, 2025

Pameran tersebut menampilkan tujuh langkah adat utama yang menjadi tunjang dalam penyempurnaan sesebuah majlis perkahwinan masyarakat berkenaan.
acara bermula dengan perarakan pasangan pengantin sejauh kira-kira 60meter bersama ahli keluarga dan pengapit, sebelum diteruskan dengan adat Sepak Manggis yang melambangkan kekuatan serta kegagahan pengantin lelaki. Seterusnya, upacara mencuci kaki dijalankan sebagai lambang penyucian diri dari unsur tidak baik sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Selepas itu, pasangan pengantin menjalani acara Mi’ilang, iaitu tradisi saling menyuap makanan sebagai tanda perkongsian hidup, rezeki dan tanggungjawab bersama.Pasangan kemudian akan bertukar Niliu, dengan pengantin lelaki memberikan sebuah lambang tembaga dipanggil Tasor yang disimpan dalam tempat simpanan tradisional dikenali Salapa, melambangkan kesucian dan keteguhan ikatan.




Comments