4U2C Kembali Trending? Isu Rantai CD Curi Tumpuan Netizen
- farlisaramly
- Jul 6, 2025
- 1 min read

Pembubaran kumpulan hip hop popular era 1990-an, 4U2C, ketika berada di kemuncak populariti sekitar 1996 menimbulkan pelbagai spekulasi. Menurut Azam, konflik dengan pihak pengurusan berkaitan pemilikan produk minuman RAP Drink 4U2C menjadi punca utama perpecahan, bukan disebabkan perselisihan antara anggota.
AC Mizal pula menegaskan hubungan antara ahli tetap rapat seperti adik-beradik, walaupun kini masing-masing membawa haluan sendiri. Mereka masih berhubung melalui WhatsApp dan pernah menjalani latihan persembahan terakhir pada 2019.
Antara ikon 4U2C yang kekal diingati ialah rantai CD, idea dari AC yang diinspirasikan oleh kumpulan Public Enemy. Gaya unik ini bersama pemakaian seluar pendek menjadi identiti mereka di pentas.
Kini, kumpulan ini bersatu semula dan bakal mengadakan Konsert WE 4U2C pada 15 September di Petaling Jaya. Latihan intensif sedang dijalankan, dan mereka turut akan mempersembahkan tiga single baharu, dengan muzik diarahkan oleh Aubrey Suwito.




Comments