top of page

Thailand Isytihar Undang-Undang Tentera di Sempadan Timur Susulan Ketegangan dengan Kemboja

  • farlisaramly
  • Jul 26, 2025
  • 1 min read
foto dari REUTERS
foto dari REUTERS

BANGKOK – Pemerintahan Pertahanan Sempadan Chanthaburi-Trat telah mengisytiharkan pelaksanaan undang-undang tentera di beberapa daerah di wilayah Chanthaburi dan Trat, timur Thailand, berkuat kuasa serta-merta.


Langkah ini diambil susulan ketegangan yang memuncak di sempadan Thailand-Kemboja, yang setakat ini telah meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.


Menurut Timbalan Jurucakap Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Muda Paratch Rattanachaipan, pelaksanaan undang-undang tentera bertujuan memberi kuasa penuh kepada tentera untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman.


Beliau memberi jaminan bahawa kehidupan harian penduduk tidak akan terjejas.


Ketegangan tercetus selepas pertempuran antara pasukan tentera Thailand dan Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan, termasuk insiden berhampiran Kuil Preah Vihear.


Kedua-dua negara saling menuduh mencetuskan keganasan, dalam pertikaian sempadan yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page