top of page

Tentera Israel bedil bandar di selatan Lubnan

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Nov 13, 2025
  • 1 min read

ISTANBUL - Tujuh orang cedera pada Sabtu apabila sebuah dron Israel menyerang sebuah kenderaan di Bint Jbeil, selatan Lubnan, sekali gus mencabuli perjanjian gencatan senjata yang diisytiharkan pada akhir 2024, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Menurut Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA), dron berkenaan melancarkan dua peluru berpandu ke arah sebuah kereta berhampiran Hospital Salah Ghandour di bandar Bint Jbeil, wilayah Nabatieh.

Agensi itu yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan tujuh individu cedera dalam serangan itu, namun butiran mengenai tahap kecederaan mereka tidak didedahkan.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page