Sukan SEA: "Perjuangan kita belum selesai" - CDM Nurul Huda
- latifah ariffin
- Dec 19, 2025
- 1 min read

Kontinjen negara tidak berhasrat untuk memperlahankan aksi dalam Sukan SEA Thailand 2025 meskipun sudah mencapai sasaran 200 pingat.
Ketua Kontinjen (CDM) Nurul Huda Abdullah berkata kempen mereka belum tamat walaupun edisi ke-33 temasya dwitahunan itu akan menutup tirai di Stadium Nasional Rajamangala, di sini esok.
" ... belum selesai lagi. Kita masih berjuang dan memberikan yang terbaik, kita tahu bahawa kita boleh mendapat lebih banyak pingat lagi, jadi kita lihat apa yang boleh kita capai sebenarnya," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.




Comments