top of page

Sabah tidak kompromi rasuah, amal sifar toleransi salah guna kuasa: Hajiji

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Dec 18, 2025
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Sabah menegaskan pendirian sifar toleransi terhadap rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran integriti dalam pentadbiran negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pengukuhan tadbir urus akan dilaksanakan khususnya melibatkan GLC dan badan berkanun negeri. Mulai tahun hadapan, semua CEO dan pengurusan tertinggi GLC serta badan berkanun diwajibkan mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap tiga bulan terus kepada Ketua Menteri bagi memastikan pemantauan berterusan. Kerajaan negeri turut memperkukuh usaha antirasuah dengan menempatkan pegawai kanan SPRM sebagai Penasihat Integriti di Jabatan Ketua Menteri.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page