top of page

Sabah Sasar Hasil Marin RM3.25 Bilion Setahun Melalui Ekonomi Biru

  • farlisaramly
  • Jul 20, 2025
  • 2 min read
sumber dari - BERNAMA
sumber dari - BERNAMA

KOTA KINABALU, 20 Julai – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata negeri ini berpotensi menjana sebanyak 491,000 tan hasil marin seperti ikan dan udang bernilai RM3.25 bilion setahun melalui penerokaan sektor Ekonomi Biru.


Terdapat 14 komponen dalam Ekonomi Biru yang boleh dimanfaatkan, antaranya tenaga lautan boleh baharu, karbon biru, pelancongan, pengangkutan maritim, dan bioteknologi marin.


Salah satu komponen yang menarik perhatian ialah teknologi Penukaran Tenaga Haba Lautan (OTEC), dengan loji jana kuasa dirancang di sepanjang 500 kilometer pesisir pantai berpontensi menjana 20,000MW tenaga hijua, menjadikan Sabah peneraju global dalam tenaga laut.


Dalam usaha memperkukuh ekonomi negeri, Sabah telah mewujudkan Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat, selain di Kota Belud dan Beaufort, bagi menarik pelaburan strategik.


Sejak September 2020, Sabah telah mencatatkan RM17.41 bilion pelaburan diluluskan daripada 73 syarikat, dengan 52 daripadanya sudah beroperasi, melibatkan pelaburan RM7.8 bilion dan mencipta 3,636 peluang pekerjaan. Bagi tempoh 2022 hingga 2024 : Sabah terima cadangan pelaburan RM42.3 billion (32,996 pekerjaan ).


Sabah juga mengukuhkan penglibatan dalam industri minyak dan gas melalui perjanjian dengan Petronas, termasuk pemilikan 50 peratus dalam medan minyak dan gas Samarang, 25 peratus dalam Samur, serta 25 peratus dalam projek LNG terapung bernilai US$3.1 billion di Sipitang.


Untuk menyokong pertumbuhan pesat ini, kerajaan negeri telah melancarkan Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 bagi menjana 700MW tenaga dalam tempoh 1-2 tahun.

Sebanyak RM679.85 juta diperuntukkan pada 2024 untuk atasi krisis air. Projek hidroelektrik Ulu Padas dalam perancangan.


Dalam majlis Anugerah IBR ASEAN yang berlangsung di Kota Kinabalu, sembilan pihak menerima pengiktirafan atas kecemerlangan korporat, termasuk Institut Jantung Negara, Sabah Port Sdn Bhd, Clean Kinetics Pte Ltd, AiRTS Pte Ltd, dan Education Malaysia Global Services.


Negeri Sembilan diumumkan sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia, manakala Sabah diiktiraf sebagai Negeri Paling Cemerlang Malaysia bagi tahun 2024.

Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page