Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lapan negeri
- latifah ariffin
- Nov 4, 2025
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah dalam tempoh 11 malam ini hingga 3 pagi esok.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini, kawasan dijangka terjejas ialah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, manakala di Perak melibatkan Kerian dan Larut, Matang dan Selama.
Di Kelantan cuaca buruk dijangka berlaku di Gua Musang, dan di Terengganu pula melibatkan Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.




Comments