top of page

Putin umum Rusia berjaya uji 'Poseidon'

  • Writer: latifah ariffin
    latifah ariffin
  • Oct 30, 2025
  • 1 min read

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu mengumumkan bahawa negaranya berjaya menguji kenderaan dalam air tanpa pemandu "Poseidon" yang dikuasakan tenaga nuklear, lapor Xinhua.

"Buat kali pertama, kami bukan sahaja berjaya melancarkannya dari kapal selam menggunakan enjin penggalak, tetapi juga mengaktifkan sistem kuasa nuklearnya yang menggerakkan kenderaan itu untuk tempoh tertentu," kata Putin ketika melawat sebuah hospital tentera di Moscow.

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov memberitahu wartawan bahawa "Poseidon" mewakili teknologi baharu sepenuhnya dan merupakan satu langkah penting dalam memastikan keselamatan Rusia.


Comments


LOGO SMJ (LATEST)_edited.png

Sekretariat Sabah Maju Jaya

WhatsApp Image 2025-07-04 at 1.36.37 PM.jpeg

IB Media Consultant Work Sdn. Bhd.

 Enhance your media experience with the latest news, inspiring stories and diverse programmes that connect with the people of Sabah

/2020/IB MEDIA CONSULTANT WORK SDN BHD /202001010664

© 2025 BORNEO.TV. Powered and secured by IB Media Consultant Works Sdn Bhd

bottom of page